Kelas Asas Shopee Lanjutan
10 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2021, Khamis yang lalu, PEDi Lawang telah mengadakan Kelas Asas Shopee Lanjutan yang bermula pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang. Seramai satu (1) orang peserta telah mengikuti Kelas Asas Shopee Lanjutan ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memulakan perniagaan di platform e-dagang; Shopee secara lebih terperinci lagi. Di dalam kelas Asas Shopee pada kelas sebelum ini, peserta telah diajar membina kedai di Shopee dan juga bagaimana cara untuk memuat naik gambar produk serta keterangan di dalam kedai online Shopee. Pada kelas kali ini pula, peserta diajar untuk mengikuti program-program ataupun kampen-kampen yang terbaru yang dianjurkan dari platfom Shopee kepada peserta.
Di dalam sesi pada hari tersebut, staf PEDi telah menerangkan bagaimana cara mengakses Seller Centre, menambah atau memuatnaik produk baru, program subsidi penghantaran percuma di Shopee, dan banyak lagi program-program di platform shopee telah di tunjuk ajar di dalam kelas ini. Peserta diajar tentang persediaan kedai, memasarkan kedai, serta menghantar pesanan. Peserta juga diajar cara untuk memuat turun dokumen pesanan pembeli. Peserta diajar cara menghantar keluar pesanan mengikut kumpulan dan mencetak label penghantaran, cara mencetak “Air Waybill” pesanan dari pembeli, dan cara menjana dokumen penghantaran secara pukal.Peserta juga diajar cara untuk menaikkan prestasi kedai iaitu cara untuk meningkatkan jualan di Shopee, dan juga cara untuk kukuhkan perniagaan di Shopee. Untuk mendapatkan lebih banyak tontonan produk dan meningkatkan pendedahan, para peniaga boleh menggunakan fungsi “Boost Now”. Peniaga boleh tingkatkan pendedahan sehingga 5 produk setiap empat (4) jam di dalam kedai Shopee peserta.
PEDi Lawang berharap kelas Asas Shopee Lanjutan ini dapat melahirkan para usahawan yang dapat membantu menjana pendapatan. Dengan adanya kewujudan pasaran global dalam talian dan pendigitalan pelbagai aspek ini dapat membuka peluang perniagaan secara dalam talian kepada para peniaga. Hari ini, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan pasif tanpa mengira status kewangan mereka. Pendapatan pasif merupakan cara yang bagus untuk menjana pendapatan, membina tabung simpanan dan sebagainya. Pihak PEDi berharap dengan adanya kelas keusahawanan ini dapat membantu lebih ramai lagi golongan suri rumah dan juga yang sudah bekerja menjana pendapatan sampingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: