Perkongsian Ceramah Maulidur Rasul Sempena Sambutan Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW
19 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniSesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-bethala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya llahi.
Islam yang kemudiannya telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan, laitu sebagal agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita meyakini akan kebenaran agama Islam ini. Pada 18 Oktober 2021, Perkongsian Ceramah Maulidur Rasul Sempena Sambutan Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dikupas oleh staf PIK Lawang bersama-sama dengan staf-staf PIK Batu Gajah, PIK Repek, dan PIK Karangan secara atas talian menggunakan platfom 'Stream Yard' dan juga disiarkan secara langsung di halaman Fb PIK Karangan selaku hos program pada hari tersebut.
Ceramah ini disiarkan bersempena sambutan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di dalam perkongsian tersebut, pihak PIK telah berkongsi satu video yang diperoleh daripada sumber “Youtube” di mana ceramah itu telah disampaikan oleh saudara Samsul Debat. Antara intipati ceramah yang disampaikan pada hari itu adalah pesanan untuk sekalian mukminin mukminat umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa berzikir dan beribadat kepada Allah, membaca Alquran dan bagi yang mampu pandanglah Kaabah. Saudara Samsul Debat juga turut menyampaikan amanat terakhir Rasulullah di saat hujung riwayatnya iaitu supaya umatnya menunaikan solat, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat serta menunaikan haji jika berkemampuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: