Kenali Rakan Digital (RD) Pusat Ekonomi Digital
11 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Disember 2021, PEDi Lawang telah bekerjasama dengan PEDi Repek, PEDi Karangan dan PEDi Batu Gajah dalam satu sesi perkongsian ringkas di Stream Yard Live PEDi Kg Karangan dengan topik Kenali Rakan Digital (RD) Pusat Ekonomi Digital . Staf Rakan Digital dari PEDi Karangan,Cik Nik Nurfarahin Bt Nik Hassan telah membuat perkongsian Mengenai Apa itu Rakan Digital (RD) dalam perkongsian tersebut. Perkongsian ringkas pada kali ini adalah bertujuan untuk mewar-warkan kepada komuniti fungsi Rakan Digital di PEDi yang terpilih dan PEDi Karangan antara PEDi terpilih untuk program Rakan Digital di bawah Maxis. Rakan Digital sebelum ini dikenali dengan nama Rakan Pupuk ketika awal pelancarannya di mana berperanan membantu usahawan tempatan bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan yang memfokuskan secara E-Digital. Umum mengetahui berkaitan program PUPUK oleh kerajaan di mana ia adalah salah satu inisiatif pendigitalan di bawah Pakej Perlindungan dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Oleh itu, seramai 1000 usahawan mikro disasar menyertai Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).
Melalui program PEMERKASA, PUPUK atau Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil, Rakan Digital merupakan inisiatif yang menawarkan program keusahawanan digital kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) di PEDi yang terpilih di seluruh negara. Rakan Digital mendidik dan memberi panduan kepada usahawan kecil cara mengendalikan perniagaan secara dalam talian
Oleh itu,peranan Rakan Digital sangat penting dalam memastikan target kerajaan membangunkan usahawan digital terus berkembang dari masa ke masa sekaligus mencapai sasaran usahwan mikro yang ditetapkan. Rakan Digital juga berperanan dalam membantu usahawan memilih produk terbaik dan sesuai untuk mereka yang tiada produk sendiri. Pihak PEDi juga memaklumkan kepada komuniti untuk ke PEDi berdekatan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan kelas usahawan yang dikendalikan oleh Rakan Digital atau boleh juga menghubungi pihak PEDi melalui media sosial. Pihak PEDi berharap kepada komuniti terutama yang ingin menjadi usahawan agar memanfaatkan segala ilmu keusahawan yang tersedia ada di PEDi secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: