Perkongsian KDB- Viral, Kehendak vs Keperluan
21 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2021, PEDi Lawang telah menyertai sesi Live bersama PIK Repek dengan kerjasama PEDi Karangan, dan PEDi Batu Gajah dalam satu sesi perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik Isu Viral, Kehendak vs Keperluan. Program ini diadakan secara dalam talian berikutan keadaan semasa negara yang masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19. Oleh itu, semua aktiviti yang pihak PEDi jalankan mestilah dilakukan secara dalam talian. Umum mengetahui bahawa dunia sekarang adalah dunia viral di mana setiap perkongsian berita atau cerita di media sosial akan sentiasa mendapat perhatian pengguna internet.
Berikutan itu, sesuatu berita atau cerita itu akan cepat tersebar jika isu yang berlaku itu melibatkan selebriti ataupun isu yang jarang berlaku di negara kita tanpa memikirkan sama ada berita itu benar atau salah. Sepanjang perkongsian pada kali ini, pihak PEDi banyak menekankan mengenai kebaikan dan keburukkan sesuatu perkongsian itu dengan meneliti terlebih dahulu berita atau isu sesuatu perkongsian tersebut sama ada hanyalah suatu keperluan atau suatu kehendak semata-mata untuk mendapat ‘Like’ dan ‘Sharing’ tanpa mengkaji terlebih dahulu kesahihannya.
Pihak PEDi juga menekankan akibat dan kesan sekiranya isu dan berita yang dikongsi tersebut menjadi viral dan boleh menyebabkan berlakunya perbalahan alam maya, tersebarnya fitnah, menyinggung perasaan mangsa atau keluarga mangsa dan sebagainya. Tetapi sekiranya berita atau isu yang dikongsi itu merupakan kebaikan, kejayaan seseorang atau perhargaan jasa individu ia mampu memberi banyak pengajaran yang baik kepada umum. Justeru itu pihak PEDi menekankan pengguna haruslah bijak melayari internet dan tidak perlu berlumba untuk menjadi ‘Hero Viral’ tetapi jadilah warga digital yang bertanggungjawab. Peganglah Slogan ‘Tak Pasti Jangan Kongsi’. Pihak PEDi berharap agar komuniti setempat menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab dan berdisiplin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: