Sembang Santai Klik Dengan Bijak (Oversharing) Live
18 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2021, Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Sembang Santai Bicara Klik Dengan Bijak Live bersama-sama dengan tajuk “Oversharing” yang dijalankan secara atas talian selama 30 minit yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya dan risiko di dalam talian dan juga terlebih kongsi.
Di dalam sesi pada hari tersebut, pihak Pusat Internet Komuniti telah menerangkan kepada komuniti apa itu “Oversharing”. Oversharing bererti mengepos terlalu banyak informasi/ maklumat peribadi terutamanya di laman rangkaian sosial; dan membiarkan jutaan orang di internet melihat informasi peribadi anda. Seterusnya, PIK Lawang juga turut berkongsi tentang tip bagi menangani sikap “Oversharing” dengan mengamalkan beberapa prinsip asas seperti berikut iaitu dengan melakukan ketetapan privasi untuk akaun media sosial. Yang kedua adalah dengan melindungi reputasi digital anda dengan mengkaji semua kandungan dalam talian, memadamkan maklumat peribadi dan info negatif yang berpotensi merosakkan reputasi anda. Seterusnya sentiasa mengemaskini senarai kenalan media sosial. Padamkan mereka yang tidak dikenali supaya mereka tidak dapat melihat perkongsian peribadi anda. Sebagai pengguna anda perlu sentiasa berfikir, nilai dan kaji maklumat sebelum berkongsi dan jangan dedahkan maklumat peribadi anda.
Seperti diari yang boleh dikunci dengan mangga, internet turut mempunyai fungsi yang membolehkan anda mengunci maklumat peribadi. Ia dipanggil ketetapan privasi, di mana anda boleh membenarkan orang lain untuk melihat informasi atau gambar tertentu sahaja. Anda juga boleh ‘menyembunyikan’ sesuatu maklumat yang anda tidak mahu dilihat oleh orang lain. Ketetapan privasi membenarkan anda memilih siapa yang boleh melihatnya dan siapa yang tidak. Kesimpulannya, “Oversharing” tidak hanya memberitahu siapa anda tetapi ianya melibatkan isu keselamatan dan privasi anda. Jadi, bijaklah berkongsi!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: