Program Klik Dengan Bijak bersama MCMC Live “Perlindungan Maklumat Peribadi dalam Talian”
27 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2021, Khamis yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah menyertai Program Klik Dengan Bijak Siri 17/2021 anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dengan tajuk “Perlindungan Maklumat Peribadi dalam Talian” yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya dan risiko di dalam talian.
Di dalam sesi pada hari tersebut, panel iaitu Pn Normariza Abdul Manan, Penolong Pengarah MCMC Negeri Terengganu telah menerangkan kepada komuniti mengenai data peribadi iaitu sebarang maklumat yang boleh digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk mengenal pasti individu. Antara maklumat mengenai diri individu seperti “Nama penuh, Alamat, Nombor kad pengenalan, Nombor pasport, Nombor telefon, Tarikh lahir, Alamat e-mel, Butiran akaun bank, dan Gambar”. Pn Normariza juga menerangkan apa itu terlebih kongsi iaitu mengepos terlalu banyak informasi/maklumat peribadi terutamanya di laman rangkaian sosial dan membiarkan jutaan orang di internet melihat informasi peribadi anda. Antara maklumat yang tidak perlu dikongsi iaitu “Alamat rumah, Nombor kad pengenalan, Nombor telefon, Gambar-gambar intim, Lokasi pergerakan terkini dan maklumat-maklumat sulit/rahsia”. Pn Normariza juga menerangkan risiko sekiranya terlebih kongsi iaitu “Mengurangkan produktiviti, menjejaskan reputasi, ancaman keselamatan, perbandingan sosial, kecurian identiti, penceraian rumah tangga, rompakan harta benda dan hendap siber”.
Pengguna media sosial mestilah membuat kawalan kendiri apabila menggunakan media sosial iaitu “Perlunya kawalan kendiri untuk mengurangkan kawal seliaan pihak berwajib, kesukaran mengawasi semua jenis saluran dalam talian, medium global tanpa nama, masyarakat internet telah menegaskan akta kebebasan bersuara, pengguna individu mempunyai akses kepada pelbagai maklumat, kesejahteraan emosi-keupayaan untuk menenangkan diri bila marah dan menghiburkan diri sedih, kesejahteraan emosi dan tingkah laku, memperkasa dan menguatkan jati diri”. Pn Normariza juga berkongsi tips kawalan kendiri iaitu berhati-hati bila berkongsi dan tag foto. Elak oversharing-Data anda akan mengumpan hackers. Padam maklumat peribadi dan yang negatif. Bina profil positif dalam talian. Kesimpulannya, berhati-hati dan berfikir sebelum memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga secara dalam talian atau memaparkan di laman sosial kerana ia tidak hanya memberitahu siapa anda tetapi ianya melibatkan isu keselamatan dan privasi anda. Jadi, mestilah bijak berkongsi maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: