Kelas Melukis Jalur Gemilang menggunakan Ms Power Point
27 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniSempena bulan kemerdekaan ini, Pusat Internet Komuniti Lawang (PIK) telah mengadakan kelas melukis bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang menggunakan Ms Power Point. Sebelum ini pelajar hanya tahu untuk menggunakan Power Point bagi membuat perbentangan kerja kursus ataupun penyampaian ilmu. Namun pada kali ini pelajar diajar untuk melukis bendera menggunakan Ms Power Point.
Pada 26 Ogos 2021, Khamis yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Kelas Melukis Jalur Gemilang Menggunakan Ms Power Point selama dua (2) jam yang bermula pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang bersempena dengan bulan Kemerdekaan. Seramai satu (1) orang pelajar telah mengikuti kelas Ms Power Point ini yang diadakan secara dalam talian iaitu melalui aplikasi Google Meet. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menunjukkan cara-cara untuk belajar secara asas melukis Bendera Malaysia menggunakan Microsoft Power Point (Shapes). Pelajar diajar menggunakan Bentuk (Shapes), melakar garisan lurus bendera, melakar bulan sabit dan bintang, serta mewarna bendera Malaysia yang dihasilkan oleh pelajar.
Ms Power Point adalah program persembahan, yang dibuat oleh Robert Gaskins dan Dennis Austin di sebuah syarikat perisian bernama Forethought, Inc. Ia dilancarkan pada 20 April 1987, awalnya hanya untuk komputer Macintosh. Kami di PIK Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: