Kelas Asas Ms Excel bersama Staf-staf PEDi
23 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2021, Pusat Ekonomi Digital atau ringkasannya PEDi yang dulu dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Lawang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel bersama PEDi Repek, PEDi Batu Gajah dan PEDi Karangan. Kelas ini telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Facebook PEDi Kg Karangan dengan menggunakan aplikasi Streamyard. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer seperti Ms Excel supaya pengguna tahu cara untuk menggunakan Ms Excel secara asas.
Staf PEDi Kg Karangan telah berkongsi cara untuk menukar nama atau ayat yang ditulis menjadi huruf besar, huruf kecil ataupun ‘proper’. Selain itu, staf juga menunjukkan cara untuk membuat ‘dropdown list’ di kolum atau ruangan di dalam Ms Excel tersebut, cara untuk mengira jumlah terkumpul atau jumlah kumulatif dengan menggunakan fungsi sum dan juga membuat formula secara manual. Staf juga berkongsi cara untuk memasukkan kotak ke dalam kerja yang dilakukan, cara untuk ‘highlight’ baris atau ‘row’ dan juga ‘column’ serta cara untuk ‘highlight’ semua kerja yang dilakukan untuk membuat sesuatu formula atau pengemaskinian. Kami di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi tersebut. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian yang dibuat pada hari ini. Saksikan sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: