Kelas Pemasaran Video - Cadangan Video untuk Usahawan
11 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPemasaran video dapat meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap keberadaan anda dalam pasaran. Jika anda konsisten membuat video yang memberi input yang bermanfaat kepada penonton anda, Mereka akan mengingati produk, jenama dan logo anda. Pemasaran video dapat meningkatkan personaliti atau jenama anda di mata pelanggan anda. Dengan cara membuat satu video yang melambangkan personaliti yang anda ingin nampak. Menggunakan pemasaran video untuk dikongsikan dalam semua platform media sosial yang ada dapat membantu meningkatkan ‘engagement’ penonton. Anda perlu konsisten untuk membuat video yang memberi impak kepada penonton supaya mereka suka dan share video anda kepada rakan mereka yang lain.
Pemasaran video banyak kelebihan dan kegunaannya. Ia merupakan strategi yang sangat berkesan dan berguna pada zaman yang serba canggih ini. Pada 10 Julai 2021, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang dengan kerjasama PIK Batu Gajah dan juga PIK Repek telah menganjurkan Kelas Pemasaran Video, Cadangan Video yang baik untuk Usahawan gunakan yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi menerusi platform Stream Yard Live dan juga FB Live. Di dalam sesi ini perkongsian secara ringkas antara cadangan pemasaran terkini melalui video umum disampaikan supaya usahawan tahu bahawa bidang pemasaran memerlukan kita sentiasa mengikuti trend terkini pemasaran.
Pemasaran video merupakan satu strategi baru dalam ‘online marketing’ dengan mengunakan video. Ia merupakan salah satu strategi yang paling relevan dan berkesan pada zaman digital kerana 90% masyarakat Malaysia kini suka menonton video. Mereka lebih untuk mendengar dan melihat berbanding dengan membaca. Terdapat lima (5) cadangan video yang diketengahkan dalam sesi ini iatu Tik Tok, Instagram, Bigo Live, FB Live dan juga Youtube. Pemasaran video mempunyai beberapa faktor penting yang dapat menarik pelanggan untuk terus menonton video iklan. Ia berlaku jika anda dapat menghasilkan satu video marketing yang kreatif dan mempunyai sentuhan emosi dalam video.
Media sosial seperti Facebook dan Instagram mempunyai kemudahan membuat siaran langsung. Siaran secara langsung membantu untuk terus berinteraksi dengan pelanggan secara dalam talian. Di sini akan berlakunya komunikasi dua hala. Kelebihan secara langsung di media sosial dapat mempromosikan produk dan jenama tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk membayar pihak ketiga untuk menghasilkan video produk anda. Dengan kata lain, anda boleh mengurangkan kos pemasaran (marketing).
Bual bicara (Talk show) merupakan satu pendekatan yang sangat baik. Ia merupakan satu rancangan yang mengupas sesuatu topik tertentu untuk memberi sedikit pendedahan kepada penonton berkaitan topik tersebut. Untuk melaksanakan program seperti ini, anda perlu konsisten dan mempunyai kerjasama yang padu daripada kumpulan anda. Program ini juga sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada penonton tentang kelebihan yang anda ada sekaligus membuat mereka lebih percaya dan menanti perkongsian anda yang seterusnya.
Video testimoni merupakan strategi yang sangat berkuasa dan berkesan. Masyarakat sekarang lebih percaya kepada video testimoni kerana video jenis ini merupakan pesanan yang ikhlas daripada pengguna. Ia juga dapat meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan untuk membuat pembelian dengan anda. Video content marketing merupakan satu teknik video marketing yang dapat menarik minat dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan servis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: