Tutorial Langsung Subjek Matematik dan Sains Tahun 6 (eKelas)
9 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniMaxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya adalah pada tiga mata pelajaran - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5. eKelas menawarkan kombinasi tutorial langsung, pembelajaran kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Program ini disampaikan di Pusat Internet, yang merupakan Pusat Internet yang dikendalikan oleh MCMC yang berfungsi sebagai hub digital untuk masyarakat di kawasan yang kurang mendapat perhatian.
Sesi Pembelajaran secara Tutorial langsung telah berlangsung pada 08 Mei 2021 bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di Pusat Internet Kampung Lawang. Seramai satu (1) orang pelajar yang terdiri daripada murid Darjah 6 telah hadir untuk mengikuti eKelas ini. Kelas ini berlangsung selama satu (1) jam.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memanfaatkan masa hujung minggu adik-adik dan juga memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Kampung Lawang untuk menyertai eKelas yang diberikan secara percuma sahaja.
Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: