Kursus KKJP Membina Poster dan Video
6 September 2021 | Aktiviti TerkiniPoster niaga adalah poster yang tujuannya untuk mempromosikan barang dan jasa yang dijual oleh suatu perusahaan kepada konsumen luas dan membujuknya agar membeli produk yang ditawarkan tersebut. Seiring berkembangnya zaman, poster tidak hanya tersedia dalam bentuk cetak saja, tetapi juga online. Poster adalah gambar yang menggabungkan unsur-unsur visual, seperti garis, kata-kata, dan gambar yang memiliki tujuan untuk dapat menarik perhatian serta menyampaikan pesan secara singkat.
Pada 5 September 2021, Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengendalikan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer, Photo Phone kolaborasi anjuran KEMAS Parlimen Jeli bersama dengan 15 orang peserta yang merupakan usahawan. Pada hari ini, para peserta diajarkan cara untuk membina poster menggunakan Ms Power Point dan juga belajar cara membuat video promosi jualan.
Video promosi adalah mengiklankan suatu produk atau menghasilkan penjualan, dan menciptakan kesetiaan atau jenama. Video promosi merangkumi kaedah komunikasi yang digunakan dalam pemasaran untuk memberikan informasi tentang produknya. Video adalah sangat penting kerana masyarakat sekarang telah mengenali konten video selama bertahun-tahun, dan kini setiap harinya ada lebih dari 75 juta pengguna internet yang menonton video online. Apabila anda menerapkan video dalam dunia pemasaran ke laman web syarikat, maka papan tanda digital atau telefon pintar anda dapat melihat keberkesanannya dalam mendorong penonton untuk terlibat dan menikmati maklumat yang dipaparkan dalam jangka masa yang lama. Selain itu, orang lebih cenderung mengingati video yang anda tawarkan, kerana mereka melihatnya daripada sesuatu yang mereka baca. Inilah beberapa kepentingan video dalam dunia perniagaan, jadi anda sudah mengetahui pentingnya video, ternyata lebih pantas menarik perhatian pengguna daripada yang anda promosikan melalui surat khabar atau brosur.
Kursus atau kelas ini telah berlangsung selama tiga (3) jam yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Pada hari ini juga telah berlangsungnya perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Kelantan, En.Norhisham yang berlangsung pada jam 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: