Kelas Membuat dan Mengedit Poster menggunakan aplikasi Canva, KKJP Komputer kolaborasi bersama KEMAS Parlimen Jeli Hari Kedua
5 September 2021 | Aktiviti TerkiniCanva adalah platform reka bentuk grafik, digunakan untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Aplikasi ini merangkumi templat untuk digunakan oleh pengguna. Pada 4 September 2021, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengendalikan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer, Photo Phone kolaborasi anjuran KEMAS Parlimen Jeli bersama dengan 15 orang peserta yang merupakan usahawan.
Kursus atau kelas ini telah berlangsung selama tiga (3) jam yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja usahawan dalam mendepani situasi pandemik Covid19 yang melanda negara. Kursus ini juga turut diadakan bagi mengajar usahawan cara mudah untuk membuat poster serta promosi di dalam jualan mereka hanya menggunakan templat grafik percuma daripada aplikasi Canva.
Di dalam sesi ini, para peserta diberitahu tentang aplikasi yang sedia ada yang boleh digunakan dan seterusnya diajar untuk Pengenalan kepada “Canva”. Para peserta diminta memuatnaik aplikasi Canva di telefon pintar masing-masing sebelum kelas diteruskan. Para peserta diajar bagaimana untuk memulakan akaun di Canva dan diperkenalkan dengan templat – templat grafik yang sedia ada di dalam Canva. Seterusnya para peserta diajar untuk menggunakan Canva untuk membuat poster promosi produk masing-masing. Peserta perlu menyiapkan poster tersebut sebelum kelas berakhir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: