Program Klik Dengan Bijak Siri 6/2021 bersama MCMC (Buli Siber) Live
5 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mei 2021, Selasa yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah menyertai Program Klik Dengan Bijak Siri 6/2021 anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dengan tajuk Buli Siber, Sexting dan Peranan Ibubapa dalam mengawal anak-anak di internet yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya dan risiko di dalam talian dan juga buli siber.
Di dalam sesi pada hari tersebut, panel iaitu Encik Sarani Kanaidi, Pegawai MCMC Sibu telah menerangkan kepada komuniti apa itu buli siber di mana ia merupakan mesej, gambar, audio, video atau pos yang dikongsi di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Ia dihantar melalui e-mel, laman sembang (chat room), laman sesawang dan apa jua aplikasi (apps) komunikasi dalam talian.
Seterusnya, Encik Sarani juga turut menerangkankan bagaimana untuk mengenali pembuli siber ini serta bahasa yang selalu digunakan oleh pembuli. Beliau turut berkongsi video berkaitan tentang buli siber dan memberi tip pencegahan bagi menangani buli siber. Antaranya adalah; jangan berkongsi butiran peribadi anda di internet. Awas dan waspada dengan nada dan makna mesej yang ditulis di mana ia boleh disalah tafsir. Yang ketiga elakkan menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman. Keempat, abaikan dan jangan balas mesej daripada pembuli. Padam atau hentikan penggunaan akaun atau profil ataupun platform laman rangkaian sosial sekiranya anda diugut atau diancam. Yang terakhir adalah laporkan perkara ini kepada guru, penjaga atau orang dewasa yang anda percayai.
Kesimpulannya, buli siber tidak hanya tetapi ia berlaku di kalangan masyarat kita juga. Jika ugutannya melarat dan anda rasa takut, laporkan kepada pihak polis. Laporkan pada guru, jika anda seorang pelajar. Jadi, bijaklah berkongsi!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: