Bicara Pagi Slot KDB-Body Shaming
7 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniBody shaming berlaku apabila seseorang diejek atau direndahkan dengan komen-komen tertentu akibat tidak memenuhi piawaian masyarakat untuk mempunyai tubuh badan yang sempurna. Komen-komen yang diberikan nampak seperti nasihat dan disampaikan dengan niat yang baik, agar mereka lebih bermotivasi untuk menjadi lebih sihat, tetapi secara sedar atau tidak, tindakan itu sebenarnya memberikan kesan yang negatif. Body shaming berlaku dalam masyarakat kita lebih kerap dari apa yang kita sedari, dan lebih malang, isu ini dianggap biasa dan tidak salah.
Untuk mengupas lebih lanjut topik Body Shaming ini, pihak PEDi Lawang bersama-sama staf PEDi Karangan, Repek dan juga Batu Gajah telah mengadakan sesi bual bicara secara langsung berkenaan topik ini selama satu (1) jam bermula jam 10.50 pagi dan tamat pada jam 11.50 pagi. Di dalam slot KDB kali ini pihak PEDi menerangkan kepada pengguna dan penonton pengenalan kepada apa itu Body Shaming. Mengikut kamus dewan Body Shaming adalah kecaman badan. Di Malaysia sendiri, perbuatan ejekan tubuh telah diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Seterusnya PEDi mengupas lebih lanjut untuk mengenal pasti apakah itu perbuatan Body Shaming. “Makin bambam la awak sekarang! Kena bersenam selalu ni bagi kurus sikit.” “Eeeee kurus sangat awak ni. Kenapa tak makan banyak-banyak lagi? Bagi berisi sikit, baru sihat!” Ayat-ayat ini mungkin antara ayat yang pernah kita dengari dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, setiap hari kita dengar ungkapan ini. Bahkan, kita sendiri mungkin antara penutur-penutur ayat-ayat ini. Sedar atau tidak, ayat-ayat yang disebut di atas ini merupakan contoh-contoh Body Shaming yang berlaku setiap hari.
Seringkali, pelaku Body Shaming tidak sedar bahawa mereka sudah melakukan perilaku tersebut. Berikut ini adalah tanda-tanda jika seseorang sering melakukan Body Shaming. Sering mengkritik dan mengulas bentuk badan orang gemuk dan berselindung di sebalik perkataan "bergurau" untuk meneutralkan tingkah laku negatif mereka. Selain itu, mereka menggunakan bentuk badan orang lain sebagai usaha untuk kelihatan comel di hadapan orang lain dan menilai orang lain mengikut saiz tubuh badan mereka. Mereka juga memandang rendah orang lain yang bentuk atau saiz badannya tidak sesuai dengan piawaian sendiri serta membiarkan orang lain mengkritik atau memberi komen negatif tentang bentuk badan seseorang.
Body Shaming akan banyak memberikan kesan negatif kepada mangsa. Antaranya; perbuatan Body Shaming akan menyebabkan mangsa lebih stres dan mungkin akan terlibat dengan gejala “stress eating” di mana ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Ia juga merendahkan “self-esteem” dan keyakinan diri seseorang, dan meningkatkan ketidakpuasan imej dan tubuh badan (body and weight dissatisfaction) dan “insecurities” mangsa. Selain itu, mangsa yang selalu menerima komen Body Shaming yang terlalu kerap boleh menyebabkan “social anxiety”. Mangsa akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan orang lain dan sangat malu dengan penampilan mereka. Ia juga boleh meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan (depression) dan meningkatkan risiko “eating disorder” seperti “bulimia” dan “aneroxia”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: