Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
7 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Disember 2021, Isnin, PEDi Lawang telah mengikuti satu taklimat berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diuruskan oleh pihak Malaysian Communicatin and Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zaim Bin Hamdan iaitu pegawai dari SSM selaku hos pada hari ini. Hadir bersama adalah Encik Mohd Mahfuz bin Fahmi, Pegawai dari Jabatan Pembangunan & Kandungan Ibu Pejabat MCMC dan juga Encik Ruhan bin Rusdi, Ketua Unit Pemasaran SSM. Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh Encik Mohammad Syafiq bin Hairom iaitu Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan SSM. Taklimat ini berlangsung selama satu (1) jam dan tiga puluh (30) minit secara atas talian menggunakan Microsoft Teams.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua pengurus PEDi dan juga Rakan Digital (RD) berkenaan program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah lama wujud tetapi kini pihak SSM mengambil inisiatif untuk bekerjasama bersama PEDi di seluruh Malaysia bagi menwar-warkan program yang dapat membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara PERCUMA.
Ketika taklimat ini dijalankan, pihak SSM juga menerangkan tentang kepentingan untuk usahawan mendaftar perniagaan mereka. Selain itu, pihak SSM juga menerangkan tentang perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Pihak SSM juga menerangkan tentang cara untuk mendaftar dan menggunakan laman web https://ezbiz.ssm.com.my/?0 . Laman web Ezbiz merupakan platform pendaftaran SSM secara atas talian yang boleh digunakan oleh usahawan untuk sebarang urusan berkaitan SSM seperti mendaftar akaun SSM, memperbaharui, menutup perniagaan serta lain-lain urusan yang berkenaan.
Usahawan dari kalangan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk mengikuti sesi taklimat bersama SSM pada 13 Disember 2021 (Isnin) boleh mendaftar kehadiran anda di pautan yang disediakan https://forms.office.com/r/MnKY5rn0Vq .
Semoga bermanfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: