Kelas Asas ICT - Cara Mengedit Dokumen PDF
5 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniTerlebih dahulu, kita kenali apa itu PDF. PDF itu sendiri bermaksud Format Dokumen Mudah Alih. Fail dengan sambungan ini telah dibangunkan oleh “Adobe Systems”. Syarikat itu adalah pihak yang membangunkan perisian grafik popular, seperti Photoshop dan Lightroom. PDF itu sendiri biasanya terdiri daripada teks dan imej. Bukan itu sahaja, anda boleh melengkapkan fail PDF dengan butang interaktif, pautan, video dan banyak lagi. Anda juga dapat melihat banyak manual produk, e-buku, jawatan kosong, dokumen yang diimbas, risalah dan dokumen lain yang tersedia dalam format PDF.
Untuk lebih mendalami kaedah ini, pihak kami dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Lawang, Kg Karangan, Kg Repek dan juga Kg Batu Gajah telah mengadakan satu sesi secara langsung bagi mengajar pengguna cara untuk menggunakan https://www.sejda.com/ bagi mengajar Asas ICT-Cara Mengedit Dokumen atau Imej daripada format PDF tanpa perlu mencetak. Sesi ini telah berlangsung selama satu (1) jam pada 5 Disember 2021 (Ahad) bermula dari jam 10.40 pagi hingga 11.40 pagi. Sesi pagi ini telah dihoskan oleh Pengurus PEDi Repek, Siti Norbaya.
Di dalam kelas ini, staf PEDi telah menunjukkan cara untuk memasukkan teks, cara untuk memasukkan imej tanda tangan ke dalam dokumen PDF yang perlu diedit. Imej tanda tangan perlu diambil terlebih dahulu menggunakan kertas putih kosong dan juga menggunakan pen hitam berdakwat basah/cair. Kemudian, pengguna perlu mengambil gambar tersebut dan memuat naik ke dalam laptop/komputer riba masing-masing atau juga boleh dimuat naik ke dalam tablet atau gajet masing-masing. Imej tanda tangan ini boleh dibuang latar belakangnya menggunakan aplikasi https://www.remove.bg/. Jika tidak mahu menggunakan aplikasi ini pun tidak mengapa kerana di dalam aplikasi sejda.com telah dimasukkan fungsi untuk membuang latar belakang ini.
Sebagai kesimpulannya, staf PEDi menyampaikan kelebihan format PDF berbanding Ms Word. Ms Word sering menjadi pilihan untuk “output” akhir dokumentasi digital, tetapi orang kadangkala melihat kelebihan PDF sebagai pembeza. Kedua-duanya sering dilihat dalam dokumen perniagaan, tugasan sekolah, kerja pejabat, atau sekadar maklumat yang dikongsi oleh rakan-rakan. Kelebihan dan kekurangan PDF dan Ms Word adalah berasingan, di mana kedua-dua sambungan disyorkan cukup untuk tujuan dan penerangan aktiviti dokumentasi kerja. Menangkap, menyesuaikan, susun atur digital yang menarik dan menyokong perubahan terkini adalah fungsi yang ditawarkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: