Perkongsian ICT/Digital – Cara Membuat Palang untuk Dokumen Penting
6 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Oktober 2021, staf PIK Lawang bersama-sama dengan staf-staf PIK Batu Gajah, PIK Repek, PIK Karangan dan PIK Selising telah berkongsi tutorial secara atas talian menggunakan platfom 'Stream Yard' dan juga disiarkan secara langsung di halaman Fb PIK Karangan selaku hos program hari tersebut. Perkongsian ICT/Digital pada hari ini dipilih berikutan ramai para pelajar yang perlu memuatnaik dokumen penting bagi urusan pendaftaran mereka di kampus pilihan mereka. Palang pada dokumen sangat penting bagi mengelakkan sebarang kecurian identiti dan juga penyalahgunaan maklumat pelajar kepada golongan yang tidak bertanggungjawab. Dua garisan lurus berserta tujuan boleh diletakkan pada sebelah atas kiri, di kedua-kedua muka depan dan belakang.
Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk membuat palang atau dua garisan ini, antaranya adalah dengan menggunakan Ms Word, Adobe Photoshop, aplikasi telefon dan juag pelbagai lagi. Namun pada hari ini, staf PIK menunjukkan dua (2) cara yang ditunjukkan secara tutorial atas talian kepada para penonton pada hari ini. Pada permulaannya, staf PIK Karangan mengajar cara untuk membuat palang dengan menggunakan Ms Power Point dan menyimpan dokumen yang dibuat kepada bentuk gambar (Jpeg). Kemudian para pengguna perlu membuka aplikasi dalam pelayar Google untuk mengedit dokumen sijil dalam bentuk PDF iaitu aplikasi SEJDA ( https://www.sejda.com/ ). Aplikasi yang ditunjukkan ini sangat mudah dan juga menjimatkan masa dan dokumen yang dihasilkan juga konsisten. Staf PIK menyarankan orang ramai untuk sentiasa membuat dua garisan lurus berserta tujuan pada salinan dokumen penting bagi mengelakkan salah guna, dan juga bagi memastikan salinan dokumen itu tidak sampai kepada tujuan salinan itu dibuat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: