Sesi pembelajaran (E-Learning) Mengenal Huruf dan Teka Buny (Google Meet)
7 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 06 Jun 2021 (Ahad), telah diadakan Sesi pembelajaran (E-Learning) Mengenal Abad Vokal dan Teka Bunyi Secara Atas Talian dengan kolaborasi bersama PIK Batu Gajah selama satu (1) jam melalui aplikasi “Google Meet” bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu kanak-kanak untuk mengenal huruf dan teka bunyi. Program seperti ini mampu mengurangkan masalah buta huruf dan lambat membaca dalam kalangan murid-murid. Seramai empat (4) orang kanak-kanak yang berumur antara 4-7 tahun telah menyertai program ini.
Belajar kemahiran prabacaan yang merangkumi kemahiran pengamatan dan mengenal huruf /a/ hingga huruf /z/ selalunya merupakan cabaran dalam kalangan kanak-kanak. Sekiranya kemahiran asas membaca tidak dikuasai oleh kanak-kanak maka mereka berisiko untuk gagal dalam sistem persekolahan. Aktiviti kesediaan membaca terbahagi kepada dua iaitu peringkat prabacaan dan bacaan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa, iaitu mengenal dan mengecam huruf. Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak.
Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan mereka untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan. Sebelum kanak-kanak dapat membaca dengan baik, mereka perlu diberikan kemahiran mengenal huruf. Pada awal tahun persekolahan, kebanyakan kanak-kanak amat sukar untuk mengenal huruf-huruf yang menjadi asas kepada kemahiran membaca. Kanak-kanak yang dapat membaca, mudah diberi rangsangan dan dorongan untuk belajar. Di dalam sesi pembelajaran ini, paparan huruf atau pun abjad vokal ditunjukkan kepada kanak-kanak, dan kanak-kanak meneka dan membunyikan huruf yang telah dipaparkan kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: