Kelas Membuat (Editing) Gambar Passport Menggunakan Ms Word
2 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniAplikasi Microsoft Word atau MS Word (sering disebut Word) adalah program pemprosesan kata grafik yang sentiasa digunakan oleh pengguna. Ia dibuat oleh syarikat komputer Microsoft. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna menaip dan menyimpan dokumen. Sama seperti pemproses kata (word) lain, ia mempunyai alat (tool) yang berguna untuk membuat dokumen atau membuat gambar grafik seperti gambar passport.
Pada 01 Jun 2021, Selasa yang lalu pihak PIK Lawang berkolaborasi bersama PIK Batu Gajah, dan PIK Repek telah menjalankan kelas secara atas talian sempena Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau ‘Total Lockdown’ bagi menyampaikan ilmu yang berguna kepada warga komuniti PIK kami. Kelas Membuat (Editing) Gambar Passport menggunakan Microsoft Word ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi ‘Stream Yard’ yang bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 4.30 petang.
Di dalam kelas ini, para penonton diberikan tunjuk ajar untuk membuat gambar passport masing-masing dengan menggunakan Microsoft Word. Sebelum kelas bermula para penonton dinasihatkan untuk menyediakan gambar swafoto yang mereka telah ambil di rumah masing-masing. Setelah itu, mereka diminta untuk menampalnya ke dalam Ms Word tadi. Di peringkat ini, para penonton diajarkan bagaimana cara untuk membuang latar belakang pada gambar dengan menggunakan ‘tool remove background yang terdapat di sebelah kiri atas Ms Word yang mereka telah buka tadi. Para penonton juga diberi pilihan untuk membuang latar belakang pada gambar dengan menggunakan pautan www.remove.bg jika mereka mempunyai capaian internet yang laju di rumah.
Setelah itu, mereka diajar untuk mengubah latar belakang gambar dengan meletakkan dasar belakang berwarna biru seperti gambar yang diambil di kedai. Kualiti gambar juga dapat diubah dengan mengubah konsentrasi warna dan ketajaman gambar menggunakan ‘tool’ yang ada di dalam Ms Word juga. Kelas ini juga dapat menggalakkan pengguna untuk terus kekal berada di rumah tanpa perlu keluar ke kedai untuk mengambil gambar mereka. Untuk mendapatkan gambar yang cantik dan berkilat, para pennton disyorkan untuk membeli kertas ‘Glossy Paper’ yang sememangnya dikhaskan untuk mencetak gambar. Kelas ini juga dapat mengalakkan penggunna untuk lebih cenderung menggunakan komputer dengan mudah da menjamin kesenangan mereka pada masa akan datang.
Sebelum kelas ditamatkan, staf PIK turut berkongsi tutorial video ringkas daripada sumbr tiktok untuk membuat gambar passport menggunakan aplkasi Pics Art. Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang sentiasa menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pengguna untuk mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pengguna yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: