Kelas Melukis Menggunakan Ms Paint (Live Stream Yard)
3 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 02 Jun 2021, Rabu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Kelas Melukis menggunakan Paint secara langsung di dalam Stream Yard yang bermula pada pukul 3.30 petang hingga 4.00 petang. Seramai satu (1) orang pelajar telah mengikuti kelas ini. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar mahir menggunakan tetikus (Mouse) kerana ia merupakan asas untuk mahir menggunakan komputer. Pelajar diminta melukis dan mewarnakan gambar yang mereka reka di dalam aplikasi Ms Paint.
Kita tidak perlu mempunyai perisian canggih seperti Photoshop untuk membuat karya seni. Ms Paint, yang terdapat di semua versi Microsoft Windows adalah program yang sangat sesuai untuk semua ini di mana anda dapat membuat gambar yang menarik.
Para pelajar diajar untuk melukis menggunakan pensil dan juga bentuk (Shapes). Dengan menggunakan alat Pensil dan Bentuk, pelajar melakarkan gambar dan diajar melukis seekor binatang iaitu “Lebah”. Antara tip yang dikongsikan adalah lebih baik jika para pelajar mempelbagaikan warna selain warna hitam didalam lukisan mereka agak nampak menarik dan cantik. Dengan menggunakan bentuk, garis utama lukisan dilakarkan. Menggunakan alat Paint Bucket, para pelajar mengisi lukisan mereka dengan warna latar yang mereka pilih.
Setelah siap para pelajar diminta untuk menyimpan gambar yang telah dilukis. Anda mesti ingat bahawa MS Paint bukan Photoshop. Jangan berharap gambar anda kelihatan seperti yang dilukis di Photoshop. Anda boleh membuat gambar cantik, tetapi gambarnya sangat spesifik. Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: