Kelas Individu Asas Ms Excel
29 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPihak Pusat Internet Komuniti Lawang telah mengadakan Kelas Ms Excel secara individu kepada pelajar yang hadir ke PIK bagi tujuan pembelajaran interaktif. Seramai 1 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang pada 28 Mei 2021 (Jumaat) untuk membuat tugasan menggunakan Ms Excel. Kelas individu ini bermula pada jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang. Pelajar diajar secara asas cara-cara membuat tugasan menggunakan Ms Excel, membina jadual, membina carta pie dan sebagainya. Selepas itu pelajar diberi tunjuk ajar untuk menggunakan tools yang ada di dalam Ms Excel, mencari bahan tugasan di dalam enjin carian Google, dan cara-cara menyimpan tugasan di dalam dokumen. Akhir sekali tugasan guru yang diberikan kepada pelajar perlu dihantar kepada guru pelajar melalui aplikasi Whatsapp Web.
Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet Komuniti ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: