Kelas Asas Shopee
29 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2021, Khamis yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Kelas Asas Shopee yang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Seramai satu (1) orang usahawan telah mengikuti Kelas Asas Shopee. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memulakan perniagaan di platform e-dagang; Shopee. Selain itu, usahawan diajar membina kedai di Shopee secara terperinci dan juga bagaimana cara untuk memuat naik gambar produk serta keterangan di dalam kedai online Shopee.
Di dalam sesi pada hari tersebut, staf Pusat Internet Komuniti telah menerangkan bagaimana cara mengakses Seller Centre, menambah atau memuatnaik produk baru, panduan mengambil foto produk yang sempurna, program subsidi penghantaran di shopee, dan banyak lagi program-program di platform shopee telah di tunjuk ajar di kelas ini. Para usahawan diajar tentang persediaan kedai, memasarkan kedai, serta menghantar pesanan.
Seterusnya, staf PIK juga turut berkongsi tentang cara untuk memuat naik produk. Terdapat lima langkah penting yang perlu diikuti iaitu; 1. Tambah Produk Baru, 2. Tambah Nama Produk dan Kategori Produk, 3. Tambah Penerangan Produk, 4. Tambah Imej Produk dan akhir sekali, 5. Tambah Maklumat Penghantaran. Pilih kategori yang sesuai untuk produk yang anda ingin muat naik di Shopee, dan tekan seterusnya. Elakkan memilih “Lain-lain” dalam pilihan sub-kategori. Produk yang dikategorikan dengan betul dan mempunyai maklumat produk terperinci akan mendapat lebih banyak paparan.
Peserta juga diajar cara untuk memuat turun dokumen pesanan pembeli. Peserta diajar cara menghantar keluar pesanan mengikut kumpulan dan mencetak label penghantaran, cara mencetak “Air Waybill” pesanan dari pembeli, dan cara menjana dokumen penghantaran secara pukal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: