Lawatan MCMC ke PIK Bukit Tandak
17 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniBahagian Perkhidmatan Pos, Kurier & e-Dagang, SKMM telah mengadakan lawatan ke Pusat Komuniti Internet (PIK) Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan pada 16 Mac 2021 pada jam 3 petang hingga 5.30 petang. Lawatan tapak ini diketuai oleh En. Nizam Arshad, Ketua Pegawai Pembangunan (CDO), SKMM. Turut hadir pada hari tersebut adalah wakil-wakil pegawai daripada SKMM, Pegawai Maxis Kota Bharu, Pegawai Skynet Kota Bharu, wakil daripada Nera, Encik Mohd Faiz, usahawan PIK Bukit Tandak dan juga pengguna kurier Skynet PIK Bukit Tandak.
Staf PIK Lawang, Nur Amnina dan PIK Semuba, Munirah turut dijemput hadir ke lawatan tersebut bagi membantu melancarkan program lawatan. Dalam lawatan ini para pegawai SKMM telah mendengar taklimat daripada staf PIK Bukit Tandak, Puan Rohaida, mendengar maklum balas daripada pengguna dan usahawan PIK yang menggunakan perkhidmatan kurier mereka iaitu Skynet bagi memperluaskan e-dagang.
Kesimpulan daripada program tersebut, pihak SKMM sangat berpuas hati dengan hasil lawatan di mana mereka juga telah melawat kedai runcit di Felcra Bukit Tandak yang dijadikan pusat logistik penerimaan barang-barang komuniti sekitarnya dan mungkin akan ada sistem baru yang akan diperkenalkan untuk meningkatkan platfom e-dagang di negara Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: