Kelas Animasi Power Point dan Google
28 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2021, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Kelas Animasi menggunakan Ms Power Point dan juga Google selama tiga (3) jam yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai empat (2) orang pelajar telah mengikuti kelas Animasi ini. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk menunjukkan cara-cara untuk belajar secara Asas Animasi Bergerak Menggunakan Microsoft Power Point dan juga Google. Pelajar perlu mencari gambar yang berkaitan dengan pembelajaran di dalam enjin carian google dan perlu membuat pengubah suaian gambar yang dicari di dalam Ms Power Point.
Di samping itu, untuk menghasilkan animasi tidaklah sesusah yang disangka. Hanya dengan menggunakan Power Point yang sudah sedia ada dalam laptop atau komputer, kita boleh menghasilkan animasi yang menarik. Animasi bergerak di powerpoint sangat membantu kita jika ingin membuat slide presentasi yang menarik. Animasi bermaksud satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Animasi adalah rangkaian gambar yang membentuk sebuah gerakan.
Antara kelebihan penggunaan animasi tidak kira dalam proses PdPc, presentasi dan sebagainya adalah untuk meningkatkan minat para pengguna dengan cirinya yang dinamik serta berwarna, nampak lebih hidup serta ceria tetapi turut mampu merangsang penggunaan elemen-elemen multimedia. Pengguna tidak akan berasa bosan dan dapat menumpukan perhatian dalam presentasi. Penggunaan animasi yang dinamik membolehkan seseorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan jelas.
Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar apa yang mereka perolehi hari ini dapat memberikan pengalaman yang berbeza daripada kehidupan seharian yang mereka lalui.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: