Bicara Usahawan-Tips Untuk Menjadi Peniaga Online
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniSudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online. Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas melihat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online, kami di PEDi berbesar hati ingin berkongsi beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online. Oleh itu, pada hari Jumaat yang lalu, 26 November 2021 telah berlangsungnya program bicara pagi staf-staf PEDi Lawang bersama-sama PEDi Karangan, Repek dan juga Batu Gajah selama satu (1) jam mengupas dan menyampaikan tips-tips berguna untuk semua penonton dan pendengar kami.
Perkara pertama yang paling penting adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan. Kalau produk kita bagus, jangan terus yakin untuk menjual produk anda. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual. Anda harus ingat kata kekunci ini iaitu, “Cari,Jual, Manfaat, Guna dan Rajin”. Cari ilmu berniaga, Jual minat anda, Manfaat penggunaan platform ataupun media sosial, Guna strategi pemasaran terbaik dan Rajin berusaha dan bertanya.
Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk anda terus berjuang dalam perniagaan anda. Apa-apa pun yang anda lakukan, anda perlulah ada modal untuk mula berniaga. Sebagai seorang peniaga online, tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan niat. Anda pasti akan mencapai kejayaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: