Sembang Klik Dengan Bijak-Kebaikan dan Keburukan Internet (Live)
27 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2021, Isnin, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang dengan kerjasama PIK Batu Gajah dan PIK Repek telah mengadakan Sembang Klik Dengan Bijak (Live) dengan tajuk Kebaikan dan Keburukan Internet yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.
Di dalam sesi pada hari tersebut, pihak Pusat Internet Komuniti telah menerangkan kepada komuniti tujuh (7) kebaikan penggunaan internet dan juga lima (5) keburukan penggunaan internet. Di hujung sesi pula, para penonton diberikan perkongsian sebuah video berkaitan ketagihan internet dikalangan kanak-kanak.
Antara kebaikan penggunaan internet adalah untuk mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Selain itu, internet juga dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat. Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak. Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut. Jadi, bijaklah berkongsi!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: