Kelas Infografik Asas (Ms Word)
26 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniAplikasi Microsoft Word atau MS Word (sering disebut Word) adalah program pemprosesan kata grafik yang sentiasa digunakan oleh pengguna. Ia dibuat oleh syarikat komputer Microsoft. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna menaip dan menyimpan dokumen. Sama seperti pemproses kata (word) lain, ia mempunyai alat (tool) yang berguna untuk membuat dokumen.
Seramai 2 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Komuniti Lawang pada 26 Mac 2021, Jumaat yang lalu untuk menyertai Kelas Infografik Asas (Microsoft Word) yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Di dalam kelas ini, para pelajar diberikan contoh mutiara kata dan masing-masing menaip kembali petikan ayat tersebut ke dalam Microsoft Word. Setelah itu, pelajardiminta untuk mencari gambar yang sesuai dengan kata-kata yang mereka pilih dan menampalnya ke dalam Ms Word tadi. Di peringkat ini, para pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis tulisan, cara untuk menimbulkan grafik tulisan di dalam gambar, cara mengubah kedudukan tulisan serta cara untuk menyimpan kerja mereka ke dalam bentuk imej (PNG/JPEG). Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.
Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: