Bicara Pagi Bersama Staf PIK– Apa Itu Penamatan Rangkaian 3G
27 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti (PIK) Lawang bersama tiga (3) buah lagi Pusat Internet Komuniti (PIK) iaitu Repek, Batu Gajah dan PIK Karangan telah mengadakan siaran langsung (Live) di Facebook menerusi aplikasi Streamyard. Slot pada pagi ini membincangkan “Apa Itu Penamatan Rangkaian 3G” yang dikendalikan oleh Pengurus PIK Lawang Puan Nur Amnina.
Sesi live kali ini berlangsung selama satu (1) jam yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Tahukah anda penamatan Rangkaian 3G akan ditamatkan pada akhir tahun 2021? Anda tidak perlu risau, pemberitahuan mengenai tamatkannya rangkaian 3G akan dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi sebelum 31 Disember 2021. Liputan 4G akan diperluaskan bagi memberi kelajuan yang lebih tinggi. VoLTE bermaksud Voice over LTE, teknologi ini membolehkan pelanggan menikmati panggilan berkualiti tinggi dirangkaian 4G. Antara syarikat telekomunikasi yang menawarkan fungsi VoLTE adalah Celcom, Digi, Maxis, Umobile, TM dan YTL. Bicara pagi ini dijalankan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyrakat tentang penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 dan akan digantikan dengan rangkaian 4G/VoLTE bagi semua rangkaian telekomunikasi yang sedia ada.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disarankan untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan. Antara faedah yang akan diperolehi adalah seperti pengalaman melayari internet yang lebih baik, strim video dan muzik yang lebih lancar. Pihak PIK sangat berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana. Kami akan berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Talk Show berkaitan dengan ICT/Digital, Video Usahawan dan juga Tutorial atau Demostrasi Berkaitan dengan ICT dan juga Digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: