Kelas Membina Jadual Waktu Kelas (Ms Excel)
14 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniAplikasi Microsoft Excel menawarkan beberapa ciri yang dapat digunakan dengan aplikasi lain seperti Microsoft Office kerana salah satu ciri aplikasi ini adalah mengintegrasikan sistem perisian sehingga dapat disatukan menjadi unit lengkap. Kemudian dari segi penampilan, Microsoft Excel mempunyai paparan buku kerja yang disusun dari beberapa helaian atau helaian. Kemudian di setiap helaian atau helaian terdapat beberapa sel yang digunakan sebagai ruang data. Microsoft Excel boleh digunakan untuk membuat, mengedit, menyusun, menganalisis, dan meringkaskan data.
Seramai 3 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Komuniti Lawang pada 13 Mac 2021, Jumaat yang lalu untuk menyertai Kelas Asas Microsoft Excel yang bermula pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Di dalam kelas ini, para pelajar dilatih untuk membina semula jadual waktu kelas masing-masing menggunakan kemahiran asas Microsoft Excel. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis tulisan, cara mewarnakan kotak, cara membuat tulisan untuk berada di tengah kotak serta cara untuk menyimpan kerja mereka. Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.
Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan dapat merapatkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: