Bicara Klik Dengan Bijak (Hendap Siber) Live
24 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2021, Isnin yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang dengan kolaborasi bersama Pusat Internet Komuniti (PIK) Batu Gajah, Karangan dan juga Repek telah mengadakan Bicara Klik Dengan Bijak Live bersama-sama dengan tajuk “Hendap Siber” yang dijalankan secara atas talian selama satu (1) jam yang bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terha
dap masyarakat tentang bahaya dan risiko hendap siber serta keselamatan di dalam menggunakan internet.Di dalam sesi pada hari tersebut, pihak Pusat Internet Komuniti telah menerangkan kepada komuniti apa itu “Hendap Siber”. Hendap Siber adalah penggunaan internet atau peralatan elektronik untuk menghendap atau menganggu seseorang, sekumpulan individu atau sesuatu pertubuhan. Hendap siber juga mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap emosi seseorang, mangsa mungkin mengalami tekanan perasaan seperti marah, malu dan trauma serta boleh menjejaskan reputasi mangsa.
Seterusnya, staf Pusat Internet Komuniti (PIK) juga turut berkongsi aktiviti yang sering dilakukan oleh penghendap siber. Antaranya adalah membuat tuduhan palsu seperti kandungan perbualan atau laporan mengenai orang lain dan biasanya melibatkan maklumat yang tidak sah atau tidak benar. Selain itu, mereka juga boleh membuat serangan data peribadi. Penjenayah siber akan cuba untuk merosakkan komputer mangsa dengan mengirim virus. Ini adalah bertujuan untuk percubaan mengutip maklumat tentang mangsa mereka. Penghendap siber ini dapat mencapai kawan-kawan, keluarga dan rakan sekerja mangsa mereka untuk memperolehi maklumat peribadi.
Apabila hal ini terjadi, penghendap siber dapat mengalakkan orang lain untuk menyerang mangsa. Banyak penghendap siber cuba untuk melibatkan orang ketiga dalam gangguan berterusan. Seterusnya mereka mengatur untuk bertemu dengan mangsa, ini akan mendatangkan risiko tinggi mengadakan kepada pemangsa.
Kesimpulan daripada topik pada hari ini ialah sentiasa gunakan kata laluan yang selamat kemaskini perisian keselamatan, fikir sebelum berkongsi, elakkan daripada terpedaya dan laporkan kepada pihak berkuasa jika anda terlibat dengan masalah ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: