Kelas Asas Shopee
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 hingga 18 September 2021, Jumaat dan Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Kelas Asas Shopee selama dua (2) hari yang bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai tiga (3) orang usahawan telah mengikuti Kelas Asas Shopee. Shopee adalah platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memulakan perniagaan di platform e-dagang; Shopee. Selain itu, ia juga untuk memberi kelas asas Shopee bagi membina kedai di Shopee dan juga bagaimana cara untuk memuat naik gambar produk serta keterangan di dalam kedai online Shopee.
Shopee adalah salah satu platform yang disediakan khas untuk para peniaga menjual produk secara online. Shopee juga antara platform jualan online yang terbesar di Malaysia. Pendaftaran di Shopee adalah percuma. Platform shopee juga tidak memerlukan SSM. Jika anda tiada Sijil Perniagaan, anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja menjual di Shopee. Kepercayaan pelanggan membeli di Shopee amat tinggi kerana adanya jaminan dari pihak Shopee. Pelanggan tidak akan mudah ditipu dari pihak penjual. Shopee juga akan mengasingkan penjual yang menipu atau dipanggil scammer daripada menjual di platform shopee. Kos penghantaran produk menjadi murah jika kita mendaftar logistik dengan pihak Shopee. Shopee ada menawarkan diskaun penghantaran.Hal ini merupakan salah satu sebab mengapa pelanggan dan penjual suka membeli dan menjual di Shopee. Pihak Shopee juga telah membuat kerjasama dengan pihak kurier penghantara antaranya kurier Poslaju, J&T, DHL, Ninja Van dan Gdex.
Di dalam sesi pada hari tersebut, staf Pusat Internet Komuniti telah menerangkan bagaimana cara mengakses Seller Centre, menambah atau memuatnaik produk baru, panduan mengambil foto produk yang sempurna, program subsidi penghantaran di shopee, dan banyak lagi program-program di platform shopee telah di tunjuk ajar di kelas ini. Para usahawan diajar tentang persediaan kedai, memasarkan kedai, serta menghantar pesanan. Staf juga mengajar bagaimana untuk menghias kedai untuk menjadikan kedai lebih menarik dan cantik dengan menggunakan “canva.com”. Gambar muka depan akan memberi gambaran visual kedai yang dapat meningkatkan keyakinan pembeli. Lengkapkan dengan logo kedai yang sesuai dan karusel menarik. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan pembeli apabila mereka melihat kehadiran media sosial kedai anda.
Seterusnya, staf PIK juga turut berkongsi tentang cara untuk memuat naik produk. Terdapat lima langkah penting yang perlu diikuti iaitu; 1. Tambah Produk Baru, 2. Tambah Nama Produk dan Kategori Produk, 3. Tambah Penerangan Produk, 4. Tambah Imej Produk dan akhir sekali, 5. Tambah Maklumat Penghantaran. Pilih kategori yang sesuai untuk produk yang anda ingin muat naik di Shopee, dan tekan seterusnya. Elakkan memilih “Lain-lain” dalam pilihan sub-kategori. Produk yang dikategorikan dengan betul dan mempunyai maklumat produk terperinci akan mendapat lebih banyak paparan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: