Wawancara bersama KPM - Disleksia, Kenali & Ambil Tahu kerjasama Guru Pendidikan Khas SK Balik Pulau
23 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2021, Selasa yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang dengan kerjasama PIK Karangan telah mengadakan Sesi Wawancara bersama Agensi Kerajaan- Disleksia, Kenali & Ambil Tahu bersama panel jemputan, Encik Ahmad Syafiq, Guru Pendidikan Khas dari Sekolah Kebangsaan Balik Pulau. Sesi wawancara ini telah berlansung selama satu (1) jam yang bermula pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang secara atas talian menggunakan “Stream Yard dan FB Live”. Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada komuniti serta memberi kesedaran kepada komuniti di luar sana kepentingan untuk ambil tahu dan kenali Disleksia dikalangan anak-anak.
Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) adalah salah satu gangguan perkembangan saraf yang paling sering terjadi pada masa kanak-kanak. Tidak hanya membuat anak menjadi terlalu aktif dan sulit berkonsentrasi, sebagian anak dengan ADHD juga mengalami disleksia. Disleksia adalah gangguan dalam proses belajar yang ditandai dengan kesulitan membaca, menulis, atau mengeja. Penderita disleksia akan kesulitan dalam mengidentifikasi kata-kata yang diucapkan, dan mengubahnya menjadi huruf atau kalimat.
Di dalam sesi wawancara kali ini, Cikgu Ahmad selaku guru yang berpengalaman dalam mendidik kanak-kanak disleksia ini telah berkongsi secara lebih terperinci berkaitan kanak-kanak yang mengalami gangguan disleksia ini. Cikgu Ahmad banyak berkongsi fakta, pendapat dan juga pengalaman beliau berkenaan isu ini. Tanda dan ciri-ciri anak yang memiliki gangguan disleksia adalah mengalami kesulitan untuk mengingat nombor yang lebih dari satu angka. Anak juga mengalami kesulitan untuk membaca, mengeja, atau menulis dibandingkan dengan anak seusianya. Bingung dengan konsep waktu dan mengingat urutan, misalnya urutan hari atau bulan.
Selain itu, anak juga akan lambat dalam menulis, tulisan acak-acakan atau penulisan huruf dan angka terbalik. Misalnya antara huruf b dan d, p dan q, atau w dan m. Mereka juga tidak mengalami kesulitan bercakap, namun sukar untuk menemukan kata yang tepat untuk menjawab pertanyaan orang lain dan salah memilih terminologi atau pengungkapan kata yang tepat. Jika diberikan tugas atau arahan anak cenderung lambat untuk memprosesnya (slow processing speed) serta mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan atau fokus dan menjadi hiperaktif.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mendidik anak disleksia adalah para ibu bapa perlu memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Rajin membacakan buku untuk anak-anak dan memberikan waktu lebih banyak untuk membaca di rumah serta jadikanlah suasana membaca menjadi suatu kegiatan yang lebih menyenangkan dengan memilih topik bacaan ringan dan menyenangkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: