Sembang Santai Klik Dengan Bijak (Buli Siber) Live
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Febuari 2021, Isnin yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Sembang Santai Bicara Klik Dengan Bijak Live dengan tajuk Buli Siber yang dijalankan secara atas talian selama 30 minit yang bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga 1.00 petang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya dan risiko di dalam talian dan juga buli siber.
Di dalam sesi pada hari tersebut, pihak Pusat Internet Komuniti telah menerangkan kepada komuniti apa itu buli siber di mana ia merupakan mesej, gambar, audio, video atau pos yang dikongsi di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Ia dihantar melalui e-mel, laman sembang (chat room), laman sesawang dan apa jua aplikasi (apps) komunikasi dalam talian.
Seterusnya, PIK Lawang juga turut menerangkankan bagaimana untuk mengenali pembuli siber ini serta bahasa yang selalu digunakan oleh pembuli. PIK Lawang juga turut berkongsi video berkaitan tentang buli siber dan memberi tip pencegahan bagi menangani buli siber. Antaranya adalah; jangan berkongsi butiran peribadi anda di internet. Awas dan waspada dengan nada dan makna mesej yang ditulis di mana ia boleh disalah tafsir. Yang ketiga elakkan menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman. Keempat, abaikan dan jangan balas mesej daripada pembuli. Padam atau hentikan penggunaan akaun atau profil ataupun platform laman rangkaian sosial sekiranya anda diugut atau diancam. Yang terakhir adalah laporkan perkara ini kepada guru, penjaga atau orang dewasa yang anda percayai.
Kesimpulannya, buli siber tidak hanya tetapi ia berlaku di kalangan masyarat kita juga. Jika ugutannya melarat dan anda rasa takut, laporkan kepada pihak polis. Laporkan pada guru, jika anda seorang pelajar. Jadi, bijaklah berkongsi!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: