Majlis Ramah Mesra Yb Dato' Sri Mustapa Mohamed bersama Staf PIK Parlimen Jeli
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2021, Sabtu yang lalu, seramai 20 orang Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti bagi Parlimen Jeli bersama-sama pegawai daripada Jabatan Pembangunan dan Latihan Keusahawan (ECER) dan para usahawan jemputan telah berkumpul di R&R MARA Jeli, Kampung Gemang untuk menyertai Majlis Ramah Mesra Yb Dato' Sri Mustapa Mohamed bersama Pusat Internet Komuniti Parlimen Jeli.
Perjumpaan ini adalah perjumpaan kali kedua Dato’ Pa bersama dengan staf PIK Parlimen Jeli. Di dalam sesi perjumpaan ini, Dato’ Sri Mustapa menyatakan hasrat beliau untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang telah PIK jalankan serta mengumpul data usahawan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti ekonomi digital di dalam kalangan usahawan seperti yang telah diumum oleh Perdana Menteri pada 19 Februari 2021.
Akibat pandemik Covid19 yang melanda negara, ramai usahawan yang terjejas pendapatan mereka kerana tidak dapat melakukan urusan secara bersemuka. Masih ramai usahawan yang tidak tahu untuk menggunakan platform digital bagi meningkatkan mutu perniagaan mereka. Soal selidik ke atas usahawan berjaya akan dijalankan bagi memastikan kaedah serta keperluan yang diperlukan untuk membantu para peniaga yang belum mahir untuk menjana pendapatan di dalam dunia digital. Staf PIK diminta menyenaraikan latihan keusahawanan yang telah diadakan di PIK serta kemudahan lain yang terdapat di situ.
Antara perkara yang dicadangkan semasa perjumpaan kali ini adalah pihak ECER mencari dan menyediakan konsultan untuk membantu usahawan. Pihak ECER dan staf PIK bekerjasama memberikan Latihan Keusahawanan kepada usahawan. Menyediakan tempat khas (vendor) di Jeli bagi kemudahan usahawan untuk meletakkan produk mereka. Yang terakhir adalah staf PIK mengumpul data usahawan yang berjaya (Kategori A) serta menyenaraikan latihan keusahawanan yang sedang dijalankan pada musim Covid19 di mana lantikan seorang staf PIK diperlukan bagi melengkapkan pengkalan data.
Tambah beliau lagi, beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) adalah orang yang bertanggungjawab bagi memantau program ekonomi digital berjalan dengan lancar. Beliau memerlukan usahasama staf PIK serta East Cost Economic Region (ECER) Kelantan bagi mengumpul semula data-data usahawan di sekitar Jeli bagi membantu golongan ini untuk mahir menggunakan platform digital atau e-Dagang bagi mengembangkan perniagaan mereka hingga ke luar negeri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: