Kelas Animasi Power Point
1 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2021, Ahad yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Kelas Animasi Bergerak menggunakan Ms Power Point selama 3 jam yang bermula pada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang. Seramai empat (4) orang pelajar telah mengikuti kelas Animasi ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menunjukkan cara-cara untuk belajar secara Asas Animasi Bergerak Menggunakan Microsoft Power Point (Shapes).
Menghasilkan animasi tidaklah sesusah yang disangka. Hanya dengan menggunakan PowerPoint yang sudah sedia ada dalam laptop atau komputer, kita boleh menghasilkan animasi yang menarik. Animasi bergerak di powerpoint sangat membantu kita jika ingin membuat slide presentasi yang menarik. Animasi bermaksud satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Animasi adalah rangkaian gambar yang membentuk sebuah gerakan.
Antara kelebihan penggunaan animasi tidak kira dalam proses PdPc, presentasi dan sebagainya adalah untuk meningkatkan minat para pengguna dengan cirinya yang dinamik serta berwarna, nampak lebih hidup serta ceria tetapi turut mampu merangsang penggunaan elemen-elemen multimedia. Pengguna tidak akan berasa bosan dan dapat menumpukan perhatian dalam presentasi. Penggunaan animasi yang dinamik membolehkan seseorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan jelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: