Kelas e-Pembelajaran Bahasa Inggeris (Kahoot)
19 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniTerdapat banyak definisi tentang e-Pembelajaran (e-Learning) tetapi melalui pemahaman saya, e-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya. Pada pandangan saya, definisi ini menunjukkan bahawa sebahagaian besar konsep e-Pembelajaran akan melibatkan penggunaan komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet / intranet.
Seramai 3 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Komuniti Lawang pada 19 Mac 2021, Jumaat yang lalu untuk menyertai Kelas e-Pembelajaran Bahasa Inggeris yang bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga 12.30 tengahari. Di dalam kelas ini, para pelajar diberikan soalan menerusi aplikasi Kahoot dan pelajar menjawab soalan tersebut di samping mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru.
Kesimpulannya, e-pembelajaran merupakan satu alat bantu mengajar yang terbaru dan menggunakan kemudahan ICT bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada dalam kelas ataupun di luar kelas. Pada pandangan saya, e-pembelajaran mampu memberikan impak yang positif jika digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru dan pensyarah. E-pembelajaran juga dapat membantu penerapan kemahiran abad ke 21 dalam sistem pendidikan kita.
Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar apa yang mereka perolehi hari ini dapat memberikan pengalaman yang berbeza daripada kehidupan seharian yang mereka lalui.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: