Kursus Keusahawanan Digital @Jeli
11 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2021, Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan juga MDEC telah menganjurkan Kursus Keusahawanan Digital @Jeli selama satu (1) hari yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Pondok Moden, Jeli. Program ini adalah lanjutan daripada pertemuan yang telah diadakan bersama YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed pada Mac yang lalu.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja usahawan digital yang telah berdaftar di bawah pihak ECERDC dan juga Pusat Internet Komuniti (PIK) Parlimen Jeli.
Terdapat lima (5) modul yang diajar kepada peserta pada hari tersebut. Antara modul yang dipelajari oleh para usahawan pada kursus kali ini adalah Pendigital dan Trend Perniagaan, di mana para peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat kaji selidik berkaitan produk yang menjadi trend pengguna cari pada masa kini. Modul kedua adalah Platfom Digital di mana peserta diberi penekanan kepada penggunaan Facebook Page untuk membina kedai di dalam talian digital dan juga FB Ads bagi tujuan peningkatan Market Place. Seterusnya adalah Digital platfom di mana tenaga pengajar memberikan Shopee Tips and Tricks kepada para peserta. Peserta juga diajar bagaimana untuk membuka akaun Shopee untuk kedai mereka.
Modul keempat pula pada sebelah petangnya adalah berkaitan dengan Pemasaran Digital di mana para peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan Landing Page dan membina logo atau cara pengiklanan bagi mencantikkan penjenamaan produk mereka dan dan membina sesuatu keunikan pada produk yang mereka jual. Akhir sekali, modul kelima adalah eBook dan Teknik Pemasaran bersasar. Tenaga pengajar pada hari tersebut adalah jemputan daripada Mdec, Puan Nurul Haffiza binti Mohamed Razani.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: