Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Sesi 2
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2021, Isnin, PEDi Lawang telah mengikuti satu taklimat berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Sesi 2 yang telah diuruskan oleh pihak Malaysian Communicatin and Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh Encik Mohammad Syafiq bin Hairom iaitu Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan SSM. Taklimat ini berlangsung selama satu (1) jam dan tiga puluh (30) minit secara atas talian menggunakan Microsoft Teams.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002. Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua Staf PEDi dan juga usahawan PEDi berkenaan program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah lama wujud tetapi kini pihak SSM mengambil inisiatif untuk bekerjasama bersama PEDi di seluruh Malaysia bagi menwar-warkan program yang dapat membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa untuk mendaftar perniagaan secara PERCUMA.
Ketika taklimat ini dijalankan, pihak SSM juga menerangkan tentang kepentingan untuk usahawan mendaftar perniagaan mereka. Selain itu, pihak SSM juga menerangkan tentang perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Pihak SSM juga menerangkan tentang cara untuk mendaftar dan menggunakan laman web https://ezbiz.ssm.com.my/?1 . Laman web Ezbiz merupakan platform pendaftaran SSM secara atas talian yang boleh digunakan oleh usahawan untuk sebarang urusan berkaitan SSM seperti mendaftar akaun SSM, memperbaharui, menutup perniagaan serta lain-lain urusan yang berkenaan.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: