Kelas Membina Video Menggunakan Aplikasi Capcut
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniUmum mengetahui penggunan aplikasi “Capcut” seperti ini banyak membantu pengguna menghasilkan video yang lebih menarik dan kreatif selain menjimatkan masa pengguna. Di dalam perkongsian pada hari ini staf PIK Repek telah menyatakan bahawa pengunaan aplikasi “Capcut” tersebut sudah tersedia semua keperluan asas yang diperlukan apabila mengedit gambar berbanding aplikasi lain seperti aplikasi “Remove background”. Applikasi ‘Capcut’ juga terdapat lebih dari satu pilihan lagu dan pilihan suara tanpa perlu memuat turun dari Google terlebih dahulu sebelum para pengguna ingin membuat sesuatu video.
Pada 10 Oktober 2021, Ahad yang lalu PIK Lawang telah menyertai satu sesi tutorial langsung berkaitan ICT tentang cara-cara mengedit video menggunakan aplikasi ‘CapCut’ yang kini juga merupakan trend terkini masa kini. Tutorial ini telah berlangsung selama dua (2) jam bermula pada jam 3.00 petang dan selesai pada jam 5.00 petang. Perkongsian tersebut adalah secara atas talian melalui Streamyard dan juga langsung di FB PIK Repek selaku hos program pada hari itu. Kelas ini telah dikendalikan oleh Penolong Pengurus PIK Repek iaitu Cik Aina Syamimi dan turut disertai oleh staf dari PIK Karangan dan PIK Batu Gajah.
Penggunaan aplikasi tersebut juga membantu pengguna yang kurang mahir atau kurang kreativiti dengan hanya mengedit menggunakan templat yang sudah disediakan dan hanya perlu memuat naik gambar dan bagi mereka yang agak kreatif dan mahir boleh menggunakan “New Project” yang memerlukan pengguna lebih kreatif dan mengambil sedikit masa berbanding menggunakan templat yang sudah sedia ada. Daripada perkongsian tersebut kami melihat dari sudut positif bahawa aplikasi tersebut dapat digunakan dan disampaikan kepada komuniti setempat untuk pelbagai tujuan baik terutama dalam bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: