Kelas Mencipta Kad Ucapan Hari Lahir dengan Animasi Bergerak & Kuiz KDB (Kahoot)
15 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniKami di Pusat Internet Komuniti Lawang sentiasa menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet Komuniti ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Pada zaman media sosial ini, pengguna semakin menggemari seni visual berbanding dengan teks. Oleh itu, penggunaan imej grafik adalah sangat penting bagi menyampaikan mesej termasuk pengiklanan, pertandingan, penjualan, pengumuman dan sebagainya. Canva sangat popular di kalangan pengguna atas talian kerana ia mempunyai koleksi contoh draf yang sangat banyak dan menepati citarasa terkini pengguna. Pengguna juga boleh menyunting imej, memasukkan ikon dan teks. Selain daripada untuk kegunaan pemasaran dan pengiklanan atas talian, Canva juga boleh menghasilkan persembahan, infografik, resume, kulit buku dan banyak lagi. Satu lagi kelebihan Canva ialah ia mempunyai aplikasi di telefon pintar.
Pada 14 Mac 2021, hari Ahad yang lalu seramai 2 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Komuniti Lawang untuk menyertai Kelas Mencipta Kad Ucapan Hari Lahir berbentuk animasi dengan menggunakan Canva yang bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Kelas yang berlangsung selama tiga (3) jam ini melibatkan aktiviti pelajar mencipta kad ucapan menggunakan aplikasi Canva. Dalam pada masa yang sama para peserta juga turut diberikan kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak pada akhir sesi kelas ini diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: