Kelas Asas Komputer (Menaip)
8 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniSeramai 6 orang peserta telah hadir ke Pusat Internet Lawang pada 07 Februari 2020, Jumaat yang lalu untuk menyertai Kelas Asas Komputer (Menaip) yang bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Di dalam kelas ini, para pelajar dilatih meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word). Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip menerusi latihan yang dijalankan di dalam kelas dan ia juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran.
Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas seperti ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat klik dengan bijak (KDB) menerusi taklimat KDB yang disampaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: