Kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS (Hari pertama)
29 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa 28 Julai 2020, telah diadakan kursus ToT Siri 2/2020 PeDAS bagi staf-staf Pusat Internet yang telah berjaya dipilih selepas sesi presreening oleh pihak Mdec. Kursus ini dijalankan melalui aplikasi Zoom Meeting bersama dengan Coach Zul dan juga staf Pusat Internet serta Pusat Internet Desa (PID). Seramai 42 orang staf Pusat Internet dan PID dari seluruh pelusuk negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, KL, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah telah menyertai kursus ini yang bermula pada jam 9.15 pagi sehingga 5.30 petang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada semua staf yang terpilih bagi program Perkhidmatan eDagang setempat atau dikenali dengan PeDAS dengan trade mark mereka ‘satu klik sejuta peluang”. Staf-staf juga diberi penerangan secara terperinci berkaitan dengan Latihan keusahawanan digital, Bimbingan untuk mengembangkan perniagaan di platform eDagang, Sokongan dalam mengenalpasti tahap perniagaan digital dan cadangan penambahbaikan.
Pada hari pertama ini, para peserta telah diperkenalkan dengan sesi asas apa itu ciri-ciri usahawan, Bussiness Model Canvas (BMC), Etika dalam Perniagaan, Personal Data Protection Data (PDPA) yang perlu para usahawan tahu dan laksanakan, Bussiness Plan, dan juga SWOT dalam perniagaan. Pada akhir sesi, Coach Zul meminta setiap peserta untuk membuat assignment berkaitan SWOT dan peserta perlu menghantar tugasan tersebut sebelum hari kedua berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: