Slot Pengiklanan Produk Usahawan (Stream Yard Live Streaming Studio)
19 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniAplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat LIVE untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat LIVE untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.
Pada hari Ahad, 18 Oktober 2020, telah diadakan Slot Bersama Usahawan iaitu mengiklankan produk usahawan di Pusat Internet Lawang menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming Studio. Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Pusat Internet Lawang telah menjemput saudari Rosmini binti Isman atau lebih mesra dipanggil Cik Rose di mana beliau merupakan usahawan pakaian wanita untuk mempromosikan produk yang dijual oleh beliau.
Slot Bersama Usahawan ini berlangsung selama setengah jam sahaja bermula jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Di dalam slot ini, usahawan mempromosikan pelbagai jenis produk yang diniagakan. Cik Rose telah berniaga secara atas talian selama 6 tahun melalui Whatsapp, Facebook Page, Instagram dan juga Shopee. Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot usahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniaagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: