Sembang Santai Klik Dengan Bijak
26 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2020, Pusat Internet Komuniti (PIK) Lawang telah mengadakan Sembang Santai KDB yang dijalankan secara atas talian selama 30 minit yang bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan sembang santai ini dijalankan adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi berkenaan Tip Keselamatan di Internet kepada warga maya melalui aplikasi ‘Stream Yard Live Streaming’.
Sesi yang berlangsung selama 30 minit ini telah disertai oleh 4 orang peserta semasa sesi langsung diadakan dan telah ditonton oleh 58 orang penonton di laman facebook page Pusat Internet Komuniti Lawang sendiri. Di dalam sesi ini, staf PIK Lawang telah menyampaikan tujuh (7) tips keselamatan yang perlu para penonton ambil tahu dan praktikkan di dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya adalah sentiasa menggunakan enjin carian yang selamat untuk anak-anak kerana mereka sangat terdedah dengan segala bahaya di internet. Tip yang kedua ialah mengaktifkan “pop-up blocker tool” bagi semua penggunaan internet “browser” untuk menghalang “pop-up screen” yang berkemungkinan mengandungi kod/skrip yang mengandungi virus serta berunsur promosi laman web serta iklan. Tip yang ketiga adalah menggunakan tetapan privasi terutamanya di laman media sosial seperti Facebook dan juga instagram.
Seterusnya, tip yang kelima adalah mengaktifkan “Youtube Safety” dan ibubapa juga disarankan untuk memuatnaik “Youtube Kids” bagi menghadkan mereka dengan video-video yang tidak sepatutnya dilihat oleh mereka. Tip yang keenam pula adalah menggunakan enjin carian Google untuk mencari perihal diri sendiri. Antara laman sesawang yang boleh digunakan adalah “Deeper Web”. Kebanyakan majikan akan membuat saringan pemilihan untuk peserta melalui kaedah ini, jadi anda perlulah sentiasa memastikan anda mematuhi penggunaan internet dan juga tidak terlalu suka memuat naik perkara yang tidak berpatutan. Akhir sekali, membina katalaluan yang kukuh dengan menggunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan juga simbol di dalam kata laluan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: