Sembang Santai MIV bersama Komuniti 2020
13 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2020, seramai 1 orang sukarelawan di Pusat Internet Lawang telah mengikuti program Sembang Santai Bersama Komuniti 2020 yang dijalankan secara atas talian selama 1 jam yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan sembang santai ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkembangan aktiviti MIV bersama Pusat Internet masing-masing. Program ini disampaikan oleh Encik Saiful Ridzwan Mat Daruz.
MIV bersama komuniti adalah satu program sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital dalam kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan pada tahap maksimum. Sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif dalam kalangan masyarakat. Kumpulan fokus MIV adalah MIV bersama komuniti (Rakan Strategik Pusat Internet, Orang awam sebagai sukarelawan), MIV bersama IPTA/S (Graduan dan Mahasiswa/i IPTA/S sebagai sukarelawan), MIV bersama sekolah (Guru sebagai sukarelawan), dan MIV bersama IIV (Sukarelawan dari pelajar-pelajar terpilih dari MIV bersama IHE.
MIV juga bertujuan untuk membangunkan warga digital yang kompeten dan cekap yang berupaya untuk membangunkan dan membina aplikasi dan perkhidmatan ICT dan menghasilkan kandungan yang sesuai untuk digunapakai oleh komuniti dan kumpulan pengguna yang membolehkan mereka mengawal semua aspek kehidupan mereka. MIV juga memberi peluang untuk sukarelawan (termasuk belia, wanita dan remaja perempuan dan profesional-profesional yang telah bersara). Ia juga untuk mendapat dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan semua orang di pelbagai peringkat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: