Taklimat PeDAS oleh Mdec
8 September 2020 | Aktiviti Terkini“Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS” yang merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020 yang lalu”.Terdapat pelbagai insentif dari rangkaian platform e-dagang yang terlibat untuk anda semua, tidak kira sama ada anda peniaga individu mahupun peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, anda layak menyertai “Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS.
Atas dasar kerajaan untuk membantu para usahawan, pihak Mdec telah melatih dan melantik wakil pengurus dari Pusat Internet Lawang untuk memberi tunjuk ajar dan panduan bagi para usahawan nanti. Taklimat ini berlansung selama satu (1) jam sahaja melibatkan tujuh (7) orang peserta termasuk staf Pusat Internet Lawang dan Batu Gajah. Sesi pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua usahawan yang terlibat bagi program Perkhidmatan eDagang setempat atau dikenali dengan PeDAS
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: