Kelas Asas Komputer (Ms PowerPoint)
25 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniAnda boleh lihat komputer di mana-mana sama ada di sekolah, di pejabat atau di rumah. Komputer juga digunakan untuk mengawal sesuatu peralatan seperti permainan kawalan jauh, mesin basuh, kereta, ketuhar gelombang mikro dan mesin autoteler (ATM). Ia ada di manamana. Pada hari ini kita boleh melihat kenderaan yang berbagai jenis seperti kereta, kenderaan pelbagai guna, bas, lori dan sebagainya.
Begitu juga dengan komputer. Komputer terdiri dari berbagai jenis. Ianya digunakan untuk berbagai tujuan dan berbeza dari segi saiz, harga dan keupayaan. Komputer adalah alat elektronik yang dapat menerima data, memproses data, menyimpan data dan menghasilkan output. Pada 24 Julai 2020, Jumaat yang lalu seramai 4 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang untuk menyertai Kelas Asas Komputer (Ms PowerPoint) yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Di dalam kelas ini, para pelajar dilatih menggunakan kemahiran-kemahiran asas aplikasi Microsoft PowerPoint.
Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan perisian-perisian tertentu dan dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kursus ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat pembelajaran e-learning. Pada penghujung kelas, peserta perlu menjawab kuiz menggunakan aplikasi Kahoot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: