Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Komuniti Perpaduan Lawang
3 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniMesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Komuniti Perpaduan Lawang ini adalah bertujuan untuk perlantikan semula ahli baru JPTP dan menyusun semula jawatankuasa. Mesyuarat ini juga turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2020. Staf PI Lawang turut menyertai mensyuarat ini bagi mempromosikan fungsi-fungsi dan perkhidmatan yang boleh diberikan oleh Pusat Internet.
Program yang berlangsung selama dua (2) jam ini melibatkan ahli jawatankuasa KRT Lawang dan juga beberapa komuniti sekitar Lawang. Antara agenda yang dibincangkan adalah laporan perlaksanaan aktiviti, isu kesihatan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan serta laporan kewangan. Selain itu, AJK yang hadir juga turut membincangkan perancangan aktiviti tahunan beserta program yang akan dijalankan antaranya Solat hajat dan bacaan Yasin, Gotong-royong, Hari Komuniti Perpaduan Lawang, Pertandingan Kraftangan Ibubapa, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Hari Raya, Pertandingan Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Futsal Ibubapa, dan Hari Keluarga
Pihak Pusat Internet Lawang berharap program-program yang akan dilaksanakan nanti dapat membantu memupuk perpaduan komuniti Lawang bersama Jawatankuasa Rukun Tetangga serta PI Lawang di samping dapat mencapai aktiviti yang berfaedah serta bermutu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: