Kelas Bahasa Melayu & Ms Word
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2020, hari Jumaat yang lalu seramai 4 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Komuniti Lawang untuk menyertai Kelas Bahasa Melayu dan Ms Word. Kelas ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas ini berlangsung selama satu (1) jam ini melibatkan aktiviti pelajar menaip dan menjawab soalan yang diberikan di dalam Ms Word. Antara aktiviti yang diberikan kepada pelajar adalah menjawab soalan objektif yang melibatkan tatabahasa Bahasa Melayu dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu.
Setelah itu, para pelajar diberikan Kuiz Bahasa Melayu yang perlu dijawab secara atas talian menggunakan Kahoot. Kami di Pusat Internet Komuniti Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: