Kelas Tambahan Bahasa Inggeris
25 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniMenyedari hakikat bahawa pelajar-pelajar ini masih lemah dan merangkak dalam subjek Bahasa Inggeris, Pusat Internet Lawang telah mengambil inisiatif untuk membuat kelas tambahan Bahasa Inggeris bagi adik-adik yang berminat. Seramai 3 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang pada 24 Julai 2020, Jumaat yang lalu untuk menyertai kelas tambahan ini yang bermula pada jam 4.40 petang sehingga 5.40 petang.
Di dalam kelas ini, para pelajar diberikan soalan latih tubi untuk dijawab dan mereka diberi masa selama 40min untuk menjawab soalan. Staf Pusat Internet mengambil langkah pendekatan untuk pelajar bergilir-gilir membaca soalan dan jawapan mereka dalam sesi perbincangan bagi melatih cara sebutan suku kata yang betul dan maksud bagi ayat dan perkataan yang mereka tidak faham.
Namun demikian, kami juga di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan pembelajaran secara atas talian iaitu eKelas bagi membantu adik-adik yang berumur dari 12 tahun hingga 17 tahun iaitu pelajar-pelajar darjah 6 hingga tingkatan 5 agar dapat membantu para pelajar dapat mengikuti transformasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas yang diadakan ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat pembelajaran e-learning.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: